POLISI

1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

Selepas setiap tempahan,SR Creative  akan melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan.  SR Creative tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang dipaparkan di www.srcreative.biz / perbincangan dengan jurujual
2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA
SR Creative  menggunakan pencetak  offset untuk menghasilkan semua produk keluaran SR Creative . Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir SR Creative  ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan. (bermakna tiada jaminan untuk warna yang sama dengan screen komputer) . Warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza. Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat standard cetakan iaitu +-1 inci kerana penyesuaian kualiti akhir produk @ design.
3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK
Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak SR Creative  dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada SR Creative dan kos pemulangan adalah tanggung jawab pelanggan . Pihak SR Creative berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya .
4. BARANGAN KEHABISAN STOK
Walaupun kami sedayaupaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email atau pangilan hp .Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.
5. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT
Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran anda disahkan. Baki 50% bayaran akhir boleh dibuat ketika sebelum proses cetakkan .
6. POLISI PENGHANTARAN
Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier Pos Laju manakala untuk Sabah dan Sarawak kami akan menggunakan khidmat POS MALAYSIA (Parcel Service Udara - 7-10hari) Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat) dan akan dinyatakan dengan jelas pada laman tempahan produk tersebut. Untuk senarai lengkap caj penghantaran sila rujuk di www.srcreative.biz .Kami akan memberi nombor Tracking POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja/bergantung pada servis syarikat penghantaran . Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya salah memilih syarikat penghantaran .
7. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT
Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
  1. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj DEPOSIT TIDAK DI KEMBALIKAN
  2. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 80% daripada nilai tempahan
  3. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 100% daripada nilai tempahan
8. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS
Semua produk SR Creative  ialah ‘100% ReadyMade Product’ yang mana semua rekabentuk asal SR Creative boleh tidak boleh diubah warna ,tema, pilihan font, dan penambahan elemen rekaan daripada koleksi SR Creative . Caj tambahan Cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan asal SR Creative. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka SR Creative membuat rujukan.Caj yang akan dikenakan ialah RM80.00 kad shj @ pakej RM 150
9. POLISI ‘EXPRESS ORDER @TEMPAHAN SEGERA’
SR Creative mempunyai polisi ‘EXPRESS Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui ‘rush order’ ini bergantung kepada konsisi pengeluaran dan beban semasa SR Creative. Pihak SR Creative berhak untuk menolak permintaan ‘EXPRESS Order’ daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi.’Rush Order’ akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan.
10. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA SR CREATIVE WEDDING CARD
Semua harga jualan rasmi produk SR Creative. ialah termasuk nilai pengiklanan jenama SR Creative. di produk tersebut.Cetakan logo SR Creative di bahagian produk buatanSR Creative adalah standard pengiklanan jenama SR Creative.Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan SR Creative  mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 30% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.
11. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT
Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.

LinkWithin